DDKoin bakal dilancar Julai ini

35479289_10155771157058517_8477263125786132480_o

BCMY bangunkan mata wang digital hasil idea teknologi anak tempatan

KUALA LUMPUR – Syarikat bumiputera yang menjadi antara perintis teknologi blockchain di Malaysia, BCMY Pte. Ltd. (BCMY), bercadang untuk memperkenalkan mata wang digital terbaharu pada awal bulan depan yang akan dikenali sebagai DDKoin (DDK).

Pengasasnya, Datuk Azrainuddin Zainal berkata, ini merupakan mata wang kripto (cryptocurrency) yang dibangunkan daripada idea dan teknologi rakyat Malaysia bagi menjadikan DDK ini lebih berdaya saing de­ngan mata wang digital lain.

“DDK akan disenaraikan di coinmarketcap iaitu sebuah platform yang meletakkan barisan pelbagai mata wang digital di seluruh dunia dan pelabur boleh melihat pergerakan harga seluruh mata wang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat awal mengenai DDK di pejabatnya di Batu Caves, Gombak dekat sini baru-baru ini.

Turut hadir pengasas bersama BCMY, Nur Ezdiani Baharoddin.

Sehingga kini, mata wang Bitcoin yang turut dikenali sebagai emas digital itu masih lagi menduduki kedudukan teratas dalam coinmarketcap dengan mewakili pasaran modal terbesar di dunia.

Azrainuddin menjelaskan, sehingga kini, kajian dan pemba­ngunan serta proses ujian sedang dijalankan dengan teliti sebelum ia dilancarkan pada 1 Julai ini.

Dalam masa yang sama, click here lebih daripada 200,000 pengguna dari 10 negara telah dimaklumkan mengenai pengenalan DDK.

Tambah beliau, maklum balas yang diterima terhadap mata wang digital baharu itu agak memberangsangkan.

 

AZRAINUDDIN (kiri) bersama Nur Ezdiani memberi taklimat ringkas awal mengenai produk baharu BCMY di pejabatnya di Batu Caves baru-baru ini.

AZRAINUDDIN (kiri) bersama Nur Ezdiani memberi taklimat ringkas awal mengenai produk baharu BCMY di pejabatnya di Batu Caves baru-baru ini.

 

Blockchain merupakan teknologi internet untuk masa depan dan di dalam era terkini­nya, para pengguna boleh ber­urusan dan menjalankan transaksi dalam apa juga nilai termasuk wang dan harta intelek­tual antara sesama pengguna.

Ia juga mampu menyediakan platform paling utuh untuk menjalankan perdagangan antarabangsa, kerana blokchain mempunyai potensi untuk mewujudkan rangka kerja di mana pembekal dapat berhubung terus dengan pembeli secara selamat.

Selain itu, Nur Ezdiani menjelaskan, pihaknya telah membuat satu laporan lengkap mengenai teknologi blockchain yang di­terajuinya di pasaran tempatan sejak dua tahun kepada kerajaan.

Menurutnya, makluman tersebut adalah perlu untuk memperincikan segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh syarikat tersebut bagi memboleh­kan ia disumbangkan semula untuk manfaat masyarakat.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/niaga/ddkoin-bakal-dilancar-julai-ini-1.692155